Wednesday, February 8, 2012

JOZAN @ 'LAWAK KE DER?' : My Review

JOZAN @ 'Lawak Ke Der?'



JOZAN is so tremendous in Lawak Ke Der! They'd evolved..combining all the crucial elements in performance. Total chemistry & talent ♥


MY REVIEW

(AMARAN: Spoiler alert! Jika anda sudah membeli tiket menonton persembahan Lawak Ke Der yang akan datang dan tidak mahu tahu jalan cerita persembahan... atau sabar nak tunggu kalau-kalau akan keluar di Astro First nanti, boleh berpatah balik buat seketika dan kembali jika dah selesai menonton)  


SEGMEN PERTAMA

WATAK:
1) JOHAN: Kin Chin - Seorang remaja lelaki Cina nerd yang selalu dibuli di sekolah, baru habis SPM.
2) ZIZAN: Ismail HarunDin - Seorang kaki buli sekolah yang berminat pada seorang pelajar perempuan bernama Siu Mei.


LOKASI:
Tingkat teratas sebuah bangunan


SINOPSIS:
Seorang remaja lelaki kegembiraan kerana baru selesai SPM (dan akhirnya dapat melepaskan diri dari dibuli di sekolahnya) lepak di atas sebuah bangunan...hanya untuk kembali berjumpa dengan pembulinya selama ini (Ismail). Kin Chin disuruh menyiapkan kertas soalan Ismail seperti biasa, sebelum dihantar pada gurunya (dalam bentuk roket) dibawah bangunan. Situasi berubah bila pelajar perempuan pujaan Ismail rupa-rupanya sepupu kepada Kin Chin. Kedua-duanya berbaik. Kin Chin memberi bantuan kepada Ismail (yang selama ini 'lost' dalam hal menulis ayat-ayat cinta) untuk menulis surat cinta kepada Siu Mei. Kedua-duanya berjanji untuk berjumpa kembali selepas 10 tahun.


SEGMEN KEDUA

WATAK:
1) JOHAN: Ah Cai, Siu Mei, Lelaki Tua Buta
2) ZIZAN: Mail Lambung, Ibu Ah Cai, Pemiutang Pada Ah Cai (yang kena potong kaki)


LOKASI:
Tingkat teratas sebuah bangunan


SINOPSIS:
Ah Cai, gangster pemungut hutang yang digeruni serata KL bertemu the famous Mail Lambung di tingkat atas bangunan.. hanya untuk mendapati bahawa merekalah sahabat yang berjanji untuk bertemu 10 tahun kemudian. Kedua-duanya bertukar cerita tentang pengalaman mereka sepanjang tempoh 10 tahun tersebut, seperti apa yang berlaku pada perhubungan Mail & Siu Mei...juga asal-usul bagaimana Kin Cin yang 'ulat buku' dan bercita-cita murni menjadi akauntan boleh terjebak dalam dunia jenayah, menjadi gangster yang digeruni. Adegan-adegan flashback menyaksikan kedua-dua JOZAN memainkan pelbagai watak dalam situasi-situasi yang menggelikan hati.




ASPEK PERSEMBAHAN

       Persembahan yang terbaik dari JOZAN! Nampaknya pengalaman dalam Maharaja Lawak telah dipergunakan mereka ke tahap maksimas. Kombinasi aspek-aspek penting dalam sebuah seni persembahan (performing arts) yang pernah dilakukan mereka sebelum ini...seperti penggunaan lighting dari Minggu ke-4, kepakaran penggunaan props seperti Minggu ke-11, set yang nampak profesional seperti minggu 11 & Final, skor muzik bersesuaian yang mengiringi setiap langkah...sama ada dalam mode santai mahupun dramatik, segalanya diadun dan dipersembahkan dengan baik dalam satu episod yang penuh lawak jenaka.  

      Selain aspek luaran, JOZAN juga kreatif menggunakan hampir kesemua bakat yang sedia ada (selain melawak & lakonan) dan dikenali ramai seperti kelebihan nyanyian, rapping, tarian, melakonkan pelbagai watak sekaligus..malah pandai memanipulasi keadaan sekeliling (suara penonton dikatakan 'burung-burung berterbangan') dengan dialog-dialog spontan. Skrip dan jalan cerita simple namun menarik..ada lawak dari segi lisan dan body language, ada running gag, ada mesej, ada keseimbangan dalam aspek sedar ruang dan pelbagai lagi. Penggunaan watak-watak yang telah sedia dikenali dan digemari peminat adalah langkah bijak. Mereka juga seperti biasa sangat pandai 'coverline' bila ada yang tersasul atau tak dapat tahan gelak.


      Oleh kerana ini show JOZAN yang pertama, maka beberapa masalah teknikal (walaupun dah rehearsal sebelum ini) dah tentu tak dapat dielakkan, namun yang penting Jozan tetap profesional dalam menangani hal-hal tersebut contohnya selitkan dalam dialog/nyanyian secara melawak "Lighting bukan kat aku....kat dia.." (bila sepatutnya area Zizan yang gelap dari spotlight) dan beberapa kali juga iols dapat rasakan perkara tu ditangani mereka secara spontan dan tenang.


      'Bonus point' bagi mereka juga kerana sanggup bertemu pegawai-pegawai di DBP bagi mendapatkan nasihat dan panduan bagi mempelajari perkataan yang lebih sopan untuk menjaga sensitiviti dan taraf Istana Budaya ketika pementasan, kerana persembahan mereka akan turut ditonton oleh golongan kanak-kanak dan VIP (sumber: MyNewsHub) . Mungkin gak pengalaman dan kes Johan semasa mengacarakan FFM turut jadi iktibar bagi mereka ke arah memperbaiki mutu performance masing-masing kali ini. So..syabas bagi duo ini!


CHEMISTRY



    JOZAN juga bukanlah 'JOZAN' kalau tidak disebut aspek chemistry yang mereka ada. Ya, dua orang pelawak ini mempunyai chemistry antara yang terbaik di Malaysia. Rasanya tak perlu lagi disebut betapa diorang saling melengkapi lawak satu sama lain sejak zaman sebagai student Raja Lawak 1 lagi. Tak kira Johan dalam watak yang membuli, Zizan yang inesen (seperti dalam Chapalrela) ataupun Johan yang dibuli oleh Zizan (seperti sketsa penarik kereta ML minggu ke-5)..duo ini memang fleksibel dalam interaksi permainan watak masing-masing. Pada malam itu, role mereka bermula sebagai pembuli dan 'yang dibuli'... Zizan jadi watak 'ganas' dan Masya-Allah, Johan betapa 'inesen'nya! (cth: "Jangan buli laaa.." *ngan muka dan suara sedih*) Dengan rambut belah tengah, baju kemeja sekolah dibutang sampai ke kolar...berbeza ngan Zizan (Ismail) yang memang berpakaian cam budak nakal kelas belakang.


    Banyak part dialog yang rasanya di ad-lib secara spontan oleh dua orang budak ni..dan bila itu terjadi, dua-dua orang ni sure tak dapat tahan gelak (macam biasa). Banyak props yang 'berguna' dalam cover muka masing-masing bila itu terjadi..batang paip, beg sekolah, kertas suratkhabar (yang anehnya ada bahagian lubang yang digunting siap-siap untuk tonjolkan hidung Zizan, haha), kertas pamplet, dll.  Rasanya susah gak bagi Zizan nak maintain air muka serius-garang bila tengok muka 'poyo'-inesen Johan time tu yang kadang-kadang main bantai je tokok-tambah dialog! haha..


   Terdapat juga adegan-adegan touchy-feely yang sudahpun diketahui dan diterima umum sebagai kemesraan Jozan Brothers tanpa apa-apa problem... seperti peluk-peluk 'sahabat', pegang tangan-belai muka (masa Johan memainkan watak 'Siu Mei') dan yang paling sweet menarik dah tentu masa diorang sama-sama tak tahan gelak dengan lawak/tengok muka masing-masing! Ada sekali Zizan leh siap tolong coverkan muka Johan lagi. Pernah sekali lawak mereka 'tergendala'lebih kurang 1,2 minit sebab dah tak mampu berkata-kata. Kita yang tengok ni pun hampir keras perut nak terburai tali pusat dengan lawak masing-masing, apatah lagi diorang sendiri yang kat situ kan? :D




ANTARA LAWAK MENARIK:

1) Time Kin Chin (Johan) tolong tuliskan surat untuk Ismail (Zizan). Kin Chin tolong tuliskan versi yang lebih 'lembut' untuk ayat-ayat Ismail yang hanya reti mengeluarkan kata-kata berunsur keganasan. Teka apa yang terjadi dengan hasil surat tersebut, hehe.
2)  Lawak 'X' & 'Y' dalam soalan algebra.
3) Semua scene yang melibatkan diorang jadi watak lain-lain dalam flashback: Ah Cai-Mama, Mail-Pakcik Buta, Ah-Cai-Pemiutang, Mail-Siu Mei
4) Bila diorang tak tahan gelak (dan cuba cover muka) dengan dialog ad-lib spontan masing-masing
5) Setiap kali Ismail yang garang terus jadi 'baik' dan peluk Kin Chin "Halloooo..." bila diingatkan yang dia sepupu Siu Mei (it's a running gag thing)




JOZAN PROFESIONAL


   Saya tertarik untuk menyertakan sekali penulisan salah seorang krew belakang tabir persembahan Lawak Ke Der iaitu 'rindura nurbisa' di blog sulamqalami.


Tak nak cerita bagaimana rupa persembahan setiap pelawak sebab pergilah tengok sendiri tapi saya paling suka dengan persembahan Jozan.
Macam biasa modal mereka iaitu kisah Acai dan Mail Lambung,suatu hari bertemu di atas bumbung rumah flet yang mereka tinggal semasa baru sahaja bebas dari SPM kemudian berjanji untuk berjumpa semula di tempat itu 10 tahun kemudian.
Lawak yang biasa dilakukan tapi masih mampu buat penonton tergelak.
Sekarang bukan nak cerita pasal lawak yang mereka persembahkan tapi bagaimana Jozan ni berjaya cipta satu jalan cerita yang menarik,sama pergi dengan watak rekaan mereka tu.
Saya sangat berpeluang bekerja dengan Jozan ni di saat kemuncak kejayaan mereka,bukanlah obses tapi suka dapat perhatikan cara kerja mereka yang rajin dan kreatif.
Latar belakang Jozan bukan dari sebarang sekolah seni macam saya,hanya bakat semulajadi yang dikembangkan selama tujuh tahun dalam bidang seni bermula dari Raja Lawak.
Perangai rajin yang saya sendiri lihat ialah bagaimana mereka merancang dan membentuk persembahan dengan penggunaan set,props,lighting mengikut kemahuan mereka secara yakin untuk mencuba,tidak putus asa dan kreatif.
Yakin itu sangat perlu kepada pengamal seni. Guru saya ajar supaya yakin sampai kita jadi degil.
Dengan cara itu mereka belajar dan menjadi 'performer' yang nampak berilmu walaupun banyak yang mereka langgar.
Saya hormat dengan perangai Jozan dalam kerja mereka,mungkin itu sisi baik mereka dan yang paling bagus,mereka tetap merendah diri.
Akhirnya hasil persembahan mereka sampai mereka sendiri susah nak keluarkan dialog sebab penonton  bising tergelak setiap saat dengan jalan cerita yang kemas dan mudah.
Itulah Jozan semasa saya terlibat dengan 'Lawak Ke Der' sebagai pekerja belakang tabir.
Memang Jozan berada di taraf yang sepatutnya sekarang ni.
Semoga Jozan terus menerus dengan perangai sedemikian.

Tuesday, February 7, 2012

'LAWAK KE DER?' : My Story & Review

Lawak Ke Der?

(Amaran: Mengandungi SPOILER. So kalo ada antara uols yg dah beli tiket, baru plan nak tengok dan tak mau disepraiskan.. boleh KIV dulu 'penjelajahan' di post ini dan kembali hanya bila tanggungjawab menonton telah dilunaskan.. hehe)

    Sekarang zaman kebangkitan pelawak-pelawak di Malaysia, yang dulu hanya ala-ala nasi tambah dalam filem, drama atau majlis. Bermula dengan Raja Lawak yang mencungkil bakat pelawak-pelawak generasi sekarang, diikuti Maharaja Lawak yang jadi kemuncak 'demam lawak' di Malaysia (sampai video-videonya jadi antara yang the most viewed worldwide dengan jumlah view juta-juta)...dan yang paling terkini Maharaja Lawak Mega yang up-kan balik status pelawak-pelawak hampir expired senior di Malaysia. Bidang lawak dah berdiri ngan status tersendiri dalam industri...dengan pelawak-pelawak yang dapat bayaran ribu-riban dalam satu filem, berpeluang pegang watak utama dan dapat isteri/girlfriend cun (that's the different story).



LATARBELAKANG:  

Merupakan kerjasama Istana Budaya & NRG Enterprise Sdn Bhd, 'Lawak Ke Der' merupakan sebuah persembahan 'stand-up comedy' dalam Bahasa Melayu yang boleh dikatakan pertama dalam sejarah pementasan di Istana Budaya. Berlangsung 3-12 Februari 2012. Walaupun sebenarnya pementasan ni menggantikan satu slot asal di IB yang tak dapat dilangsungkan sebab masalah visa penari, pujian harus diberi pada Hans Isaac selaku pengarah & penerbit yang menyelamatkan keadaan. Dia sahut cabaran untuk mengadakan persembahan komedi ni dalam masa SEBULAN je! (memang salute pada bf Neelofa nih! ;p)


MY STORY:  

     2 minggu sebelum pementasan bermula lagi kitorang dah beli tiket kat kaunter IB. Mana tak nya, ada 4 slot je yang ada JOZAN (of coz saye big fan mereka..hehe)...dan 2 hari daripada tarikh tu kami x dapat pergi kerana ada komitmen lain. So, kalau nak dapat tiket murah untuk tarikh yang diingini kena la rebut peluang awal-awal (yelah..hanya tiket RM56 kat Upper Circle je la yang kami mampoo..kami takde kabel yang leh dapat tiket pree T_T)


    Tiba harinya, parking dah terlalu penuh (seriously, IB should consider adakan tapak parking bertingkat or luaskan lagi..beli tanah sekeliling or whateva). Setelah penat pusing-pusing kitorang pun parking at our own risk nun jauh di sana...tepi jalan berhampiran Balai Seni Lukis. Dengan masa yang dah lambat, iols dapat la fefeeling jadi Sailor Mars yang berlari ke arah Istana Budaya dalam kasut high heels 3 inci (mampoo?) ... manakala sis tecik iols Dila lak memecut dalam dress panjang vogue melerttss beliau (sila jangan imejin suasana ketika itu). Nasib baik masuk je dalam panggung, persembahan baru mula, dengan Bang Bil yang tengah bercakap membuka majlis time kitorang selamat tiba di seat.

PERSEMBAHAN:

    Persembahan berlangsung dalam 2 jam setengah. The best 3 hours of gut-tickling adventure in my life. Tak ada 'intermission'. Tapi tak ada moment yang bosan langsung yang boleh mengakibatkan tangan gatal-gatal nak check Twitter kat phone (yang leh dapat laser dari abg/kakak penjaga panggung, bak kata Boboi) atau terasa nak pandang kiri-kanan kacau kawan sambil betulkan posisi pinggang dan sebagainya. 

    Slot bermula dengan Nabil yang membuka acara segmen pertama dengan sedikit stand-up comedy tentang diri sendiri, yang sememangnya makanan dia, so memang sangat kelakar. Pentas mula gamat dengan kemunculan Boboi, Jozan dan Harith Iskandar. Boboi sambung kisah daripada watak femes depa lam MLM: Boyot & Najwa Harun yang berkapel dan nak tengok persembahan di IB. Jozan lak dengan kisah watak 2 orang budak sekolah menengah yang baru tamat SPM di atas bumbung bangunan (sapekah mereka? Jeng jengg..hehe). Harith Iskandar lak berjaya buktikan yang dia memang legend dan tak perlu masuk Maharaja Lawak Mega untuk buktikan kemampuan beliau. Dia layak pegang takhta King of Stand-up Comedy (Nabil leh pegang title 'Prince'..ala, cam genre muzik gak, ada Ratu Pop, Puteri Pop gitu).       

   Segmen kedua kembali pada Jozan yang menyambung episod pertama tadi. Dua orang budak sekolah menengah tadi dah besar dan jadi dua gangster yang paling digeruni di seluruh KL. Sape tu? Pandai... Ah Cai & Mael Lambung la, haha. Ini lebih merupakan background story dua watak femes dari ML ni...atau leh gak kata kesinambungan dari kisah-kisah mereka sebelum ini. Ulasan yang lebih detail (dan pujian melangit) tentang performance mereka akan saya tulis kemudian dalam review di bawah :D. Tirai ditutupi selepas persembahan Boboi, yang kali ni membawakan Afdlin Shauki dalam watak the ever-famous Datin Maimun @ 'Timun' (yang masih jadi ghostbuster, LOL) dan Datin Sardinia @ 'Tin Sardin' yang dibawakan oleh HSBC. memang gelak tak hengat weol semua untuk setiap segmen semua pelawak ni.

POST-EVENT:

    Lepas habis pementasan, seperti biasa di tingkat Grand Circle ada sesi tandatangan autograf. Nak autograf kena beli poster RM5 di bawah. 



     So far semua pelawak terlibat dalam sesi autograf ni memberikan kerjasama yang baik dan layan semua peminat yang beratur panjang, tak kira yang nak bergambar bersama, disuruh posing sorang/berdua dan sebagainya. (Walaupunnnnnn...;p) Teringat lagi time kami beratur, ada budak laki kecik comel (dalam umur 4,5 tahun) yang beratur kat depan kami tengah dipujuk oleh ayahnya. Rupa-rupanya dak tu menangis sebab tak sempat jumpa Nabil. Dia big fan pada Ahmad Nabil Ahmad, hehe. Nasib baik akhirnya dapat gak dia jumpa dan bergambar dengan idolanya tuh, yang kasi layanan mesra dan sempat berlawak-lawak usik budak tu :) (you had win back your brownie point from me now, Bang Bil!)

     Kat tempat jualan merchandize, hanya ada dua gerai yang dominan... BOBOI & OSBON. Even t-shirt rasmi 'Lawak Ke Der' pun dijual di gerai Boboi. (Iklan: Tote bag BOBOI sangat comel!!) Rasanya kalau ada gerai JOZAN, mungkin itu yang paling diserbu peminat (kalau lihat pada sorakan dalam panggung, tiap kali mereka buat persembahan..atau bila nama-nama pelawak disebut satu-persatu). Walau macam mana pun iols dengar t-shirt JOZAN versi Lawak Ke Der akan mula dijual di IB pada slot 11-12 Februari ini so sama-samalah kita nantikan! :)

    Apa-apapun, weol memang sangat puas hati malam tu..dapat hiburkan hati hilang stress tengok persembahan pecah perut, dapat bergambar dan dapat autograf. Syabas pada semua pelawak terlibat dan seluruh team produksi. Harap persembahan macam ni diteruskan lagi di masa-masa akan datang. Atau ditayangkan di Astro First. Pleaseee Astro..?? *mata sinar-sinar penuh harapan*

    Pada yang belum menonton, masih ada masa lagi. Harga tiket adalah RM56, RM123, RM203 dan RM353. Tiket boleh dibeli di kaunter IB, di www.ticket2u.biz atau hubungi 03-41478600 (Promosi nihhh..)


********************************************************
REVIEW

OK, this is my humble personal review untuk setiap talents yang terlibat malam itu. (Gambar eksklusif disertakan) ^_^:


NABIL



NABIL is charismatic as ever. Proved pure talents could overcome controversies. 'Stand-up comedy' is just naturally in his bones.

     Bang Bil was in his ambience malam tu. Walaupun dengan rambut palsu afro, horribly mismatched retro attire dan spek Cikgu Bedah..dia sangat likable (the arguable fact is lelaki boleh hidup dengan sifat kelakar dalam diri sebagai bekalan karisma mendapatkan hot chicks, x kira rupa camne pun).Ya, lawak dia naturally flow malam tu sbg pengacara dan he is just charming, pandai manipulasi perkataan dan suasana. Ini kali kedua dalam seminggu iols tengok dia mengacara (pertama di Anugerah Media Hiburan, Karnival Karangkraf) dan he had done good jobs untuk kedua-dua acara berlainan tersebut. Rasanya orang dah boleh lupakan kontroversi dia sebelum ni..sesuai dengan dia yang tengah mulakan hidup baru ("Now I'm married, I can kiss her wherever and whenever I want!!" haha) Satu kelebihan Nabil sejak dulu ialah dia dia pandai gunakan isu semasa yang tengah hot dan berpengetahuan luas dalam benda-benda terkini (yang mungkin agak urban bagi Makcik Senah, Pak Long Hamid, Wak Ketari, dll)
    Mungkin sebagai satu 'protokol' Istana Budaya, pengacara kena banyakkan speaking English, so banyak yang dia sengaja rojakkan atau broken. Tapi kat situ la karismanya. Satu trait dia sejak dulu ialah lawakkan diri sendiri. So kita pun x pasti sama ada cerita yang ibu dia sorang guru English...di Kindergarten tu betul or rekaan semata-mata.

Antara Lawak Menarik:


1) Kisah 'benar' NABIL & Facebook
- Salah sorang peminat tanya kat ruangan chat: 'How are you? Sihat ke?'. Malangnya, internet connection lembab yaamats time Nabil dah send reply baik-baik. Fans tu pun fed-up dan marah: "Saya tak mau la minat abang Nabil lagi!!" Kebetulan masa tu la internet connection kembali laju, ayat yang Nabil reply tu muncul akhirnya -->"OK, fine!" LOL

2) Kisah 'BBM' broadcast berantai
- Kalau x send pada 20 orang kawan akan ditimpa kecelakaan 20 tahun, blablabla. Send pada orang, dapat kat diri sendiri balik.

3) Kisah game picit jerawat kat iPad
- 'Asal-usul' macam mana pencipta game nih dapat idea.

(To Be Continued... Stay Tuned utk review personal iols berkenaan JOZAN, BOBOI & HARITH)

Sunday, February 5, 2012

INTRODUCTION



Many of my friends already have their own blogs.
Me? I like to say myself as quite a reserved person...I like to keep something to myself.
But...sometimes I'm quite opinionated too.
I share my views among friends.
I tweet some piece of mind on the twitter (even if I dunno who's actually interested, LOL)
Ahh..the frustration of the 140 character limit! (not a big fan of Twitlonger though)
THIS is where this blog would come handy..a place for me to rant..or comments..or share the views...or just bitchin' to my heart content :D
Since this is a personal blog for me..I hope sometimes some of U would find some infos useful.
I planned to do some updates on some GAFIMMERS activity (yeah, I'm a Gafimmers..it's an AF thingie)..or some review of movie/theater/concert/show that I've watched...or just to share what happened around me, kisah orang2 kesayangan saye...
I also feel interested to write about my passion in horoscope (buddies call me 'Madam Zorra' T__T), anime, myth, books...and many more :)

***************************************************************
My 10 'Muse'


OK..since it's me and my moods, and before u'll become confused with my (sort of) split-personality in writing, maybe the colour label would become handy in expecting the elements that would dominate the writing! Call them my 'muse' :)

Miss Lara - The 'Authentic' Me :) - A mix up of all emotions
Mr.Red - The Hot-Blooded One - Mind the cursing! Penuh rasa yg membuak-buak.. DIE!!!
Pinky-chan - Bubbly & Fangirly - Bersedia dengan review2 penuh 'keriangan'..no,bukan bimbo, LOL
Blue Diva - The Stuck-Up Prude -Sedia memberi pandangan sinis yg kdg2 sket 'kejam' & dingin
Saiyyidah Hijau - The Muslimah - Harapan ke arah kebaikan dunia akhirat
Grey Girl - The Emo - Depression, stressed, sentimental mode, insecurities...
Cik Jingga - Artsy Side - Kadangkala penuh dengan sastera dan bunga bahasa :)
Sis Yellow - The Shine - Sentiasa positif, berkeyakinan, ceria, penuh semangat dan harapan
Dewi Lavender - Loving -  Penyayang, keibuan dan sahabat yang baik ^_^
Madam Olive - The Nerd - Ulat buku, pemalu, socially awkward tp matang 






(Segala gambaran hanyalah illustrasi sampingan semata-mata. Yeah, I love colours, hehe)