Tuesday, February 7, 2012

'LAWAK KE DER?' : My Story & Review

Lawak Ke Der?

(Amaran: Mengandungi SPOILER. So kalo ada antara uols yg dah beli tiket, baru plan nak tengok dan tak mau disepraiskan.. boleh KIV dulu 'penjelajahan' di post ini dan kembali hanya bila tanggungjawab menonton telah dilunaskan.. hehe)

    Sekarang zaman kebangkitan pelawak-pelawak di Malaysia, yang dulu hanya ala-ala nasi tambah dalam filem, drama atau majlis. Bermula dengan Raja Lawak yang mencungkil bakat pelawak-pelawak generasi sekarang, diikuti Maharaja Lawak yang jadi kemuncak 'demam lawak' di Malaysia (sampai video-videonya jadi antara yang the most viewed worldwide dengan jumlah view juta-juta)...dan yang paling terkini Maharaja Lawak Mega yang up-kan balik status pelawak-pelawak hampir expired senior di Malaysia. Bidang lawak dah berdiri ngan status tersendiri dalam industri...dengan pelawak-pelawak yang dapat bayaran ribu-riban dalam satu filem, berpeluang pegang watak utama dan dapat isteri/girlfriend cun (that's the different story).



LATARBELAKANG:  

Merupakan kerjasama Istana Budaya & NRG Enterprise Sdn Bhd, 'Lawak Ke Der' merupakan sebuah persembahan 'stand-up comedy' dalam Bahasa Melayu yang boleh dikatakan pertama dalam sejarah pementasan di Istana Budaya. Berlangsung 3-12 Februari 2012. Walaupun sebenarnya pementasan ni menggantikan satu slot asal di IB yang tak dapat dilangsungkan sebab masalah visa penari, pujian harus diberi pada Hans Isaac selaku pengarah & penerbit yang menyelamatkan keadaan. Dia sahut cabaran untuk mengadakan persembahan komedi ni dalam masa SEBULAN je! (memang salute pada bf Neelofa nih! ;p)


MY STORY:  

     2 minggu sebelum pementasan bermula lagi kitorang dah beli tiket kat kaunter IB. Mana tak nya, ada 4 slot je yang ada JOZAN (of coz saye big fan mereka..hehe)...dan 2 hari daripada tarikh tu kami x dapat pergi kerana ada komitmen lain. So, kalau nak dapat tiket murah untuk tarikh yang diingini kena la rebut peluang awal-awal (yelah..hanya tiket RM56 kat Upper Circle je la yang kami mampoo..kami takde kabel yang leh dapat tiket pree T_T)


    Tiba harinya, parking dah terlalu penuh (seriously, IB should consider adakan tapak parking bertingkat or luaskan lagi..beli tanah sekeliling or whateva). Setelah penat pusing-pusing kitorang pun parking at our own risk nun jauh di sana...tepi jalan berhampiran Balai Seni Lukis. Dengan masa yang dah lambat, iols dapat la fefeeling jadi Sailor Mars yang berlari ke arah Istana Budaya dalam kasut high heels 3 inci (mampoo?) ... manakala sis tecik iols Dila lak memecut dalam dress panjang vogue melerttss beliau (sila jangan imejin suasana ketika itu). Nasib baik masuk je dalam panggung, persembahan baru mula, dengan Bang Bil yang tengah bercakap membuka majlis time kitorang selamat tiba di seat.

PERSEMBAHAN:

    Persembahan berlangsung dalam 2 jam setengah. The best 3 hours of gut-tickling adventure in my life. Tak ada 'intermission'. Tapi tak ada moment yang bosan langsung yang boleh mengakibatkan tangan gatal-gatal nak check Twitter kat phone (yang leh dapat laser dari abg/kakak penjaga panggung, bak kata Boboi) atau terasa nak pandang kiri-kanan kacau kawan sambil betulkan posisi pinggang dan sebagainya. 

    Slot bermula dengan Nabil yang membuka acara segmen pertama dengan sedikit stand-up comedy tentang diri sendiri, yang sememangnya makanan dia, so memang sangat kelakar. Pentas mula gamat dengan kemunculan Boboi, Jozan dan Harith Iskandar. Boboi sambung kisah daripada watak femes depa lam MLM: Boyot & Najwa Harun yang berkapel dan nak tengok persembahan di IB. Jozan lak dengan kisah watak 2 orang budak sekolah menengah yang baru tamat SPM di atas bumbung bangunan (sapekah mereka? Jeng jengg..hehe). Harith Iskandar lak berjaya buktikan yang dia memang legend dan tak perlu masuk Maharaja Lawak Mega untuk buktikan kemampuan beliau. Dia layak pegang takhta King of Stand-up Comedy (Nabil leh pegang title 'Prince'..ala, cam genre muzik gak, ada Ratu Pop, Puteri Pop gitu).       

   Segmen kedua kembali pada Jozan yang menyambung episod pertama tadi. Dua orang budak sekolah menengah tadi dah besar dan jadi dua gangster yang paling digeruni di seluruh KL. Sape tu? Pandai... Ah Cai & Mael Lambung la, haha. Ini lebih merupakan background story dua watak femes dari ML ni...atau leh gak kata kesinambungan dari kisah-kisah mereka sebelum ini. Ulasan yang lebih detail (dan pujian melangit) tentang performance mereka akan saya tulis kemudian dalam review di bawah :D. Tirai ditutupi selepas persembahan Boboi, yang kali ni membawakan Afdlin Shauki dalam watak the ever-famous Datin Maimun @ 'Timun' (yang masih jadi ghostbuster, LOL) dan Datin Sardinia @ 'Tin Sardin' yang dibawakan oleh HSBC. memang gelak tak hengat weol semua untuk setiap segmen semua pelawak ni.

POST-EVENT:

    Lepas habis pementasan, seperti biasa di tingkat Grand Circle ada sesi tandatangan autograf. Nak autograf kena beli poster RM5 di bawah. 



     So far semua pelawak terlibat dalam sesi autograf ni memberikan kerjasama yang baik dan layan semua peminat yang beratur panjang, tak kira yang nak bergambar bersama, disuruh posing sorang/berdua dan sebagainya. (Walaupunnnnnn...;p) Teringat lagi time kami beratur, ada budak laki kecik comel (dalam umur 4,5 tahun) yang beratur kat depan kami tengah dipujuk oleh ayahnya. Rupa-rupanya dak tu menangis sebab tak sempat jumpa Nabil. Dia big fan pada Ahmad Nabil Ahmad, hehe. Nasib baik akhirnya dapat gak dia jumpa dan bergambar dengan idolanya tuh, yang kasi layanan mesra dan sempat berlawak-lawak usik budak tu :) (you had win back your brownie point from me now, Bang Bil!)

     Kat tempat jualan merchandize, hanya ada dua gerai yang dominan... BOBOI & OSBON. Even t-shirt rasmi 'Lawak Ke Der' pun dijual di gerai Boboi. (Iklan: Tote bag BOBOI sangat comel!!) Rasanya kalau ada gerai JOZAN, mungkin itu yang paling diserbu peminat (kalau lihat pada sorakan dalam panggung, tiap kali mereka buat persembahan..atau bila nama-nama pelawak disebut satu-persatu). Walau macam mana pun iols dengar t-shirt JOZAN versi Lawak Ke Der akan mula dijual di IB pada slot 11-12 Februari ini so sama-samalah kita nantikan! :)

    Apa-apapun, weol memang sangat puas hati malam tu..dapat hiburkan hati hilang stress tengok persembahan pecah perut, dapat bergambar dan dapat autograf. Syabas pada semua pelawak terlibat dan seluruh team produksi. Harap persembahan macam ni diteruskan lagi di masa-masa akan datang. Atau ditayangkan di Astro First. Pleaseee Astro..?? *mata sinar-sinar penuh harapan*

    Pada yang belum menonton, masih ada masa lagi. Harga tiket adalah RM56, RM123, RM203 dan RM353. Tiket boleh dibeli di kaunter IB, di www.ticket2u.biz atau hubungi 03-41478600 (Promosi nihhh..)


********************************************************
REVIEW

OK, this is my humble personal review untuk setiap talents yang terlibat malam itu. (Gambar eksklusif disertakan) ^_^:


NABIL



NABIL is charismatic as ever. Proved pure talents could overcome controversies. 'Stand-up comedy' is just naturally in his bones.

     Bang Bil was in his ambience malam tu. Walaupun dengan rambut palsu afro, horribly mismatched retro attire dan spek Cikgu Bedah..dia sangat likable (the arguable fact is lelaki boleh hidup dengan sifat kelakar dalam diri sebagai bekalan karisma mendapatkan hot chicks, x kira rupa camne pun).Ya, lawak dia naturally flow malam tu sbg pengacara dan he is just charming, pandai manipulasi perkataan dan suasana. Ini kali kedua dalam seminggu iols tengok dia mengacara (pertama di Anugerah Media Hiburan, Karnival Karangkraf) dan he had done good jobs untuk kedua-dua acara berlainan tersebut. Rasanya orang dah boleh lupakan kontroversi dia sebelum ni..sesuai dengan dia yang tengah mulakan hidup baru ("Now I'm married, I can kiss her wherever and whenever I want!!" haha) Satu kelebihan Nabil sejak dulu ialah dia dia pandai gunakan isu semasa yang tengah hot dan berpengetahuan luas dalam benda-benda terkini (yang mungkin agak urban bagi Makcik Senah, Pak Long Hamid, Wak Ketari, dll)
    Mungkin sebagai satu 'protokol' Istana Budaya, pengacara kena banyakkan speaking English, so banyak yang dia sengaja rojakkan atau broken. Tapi kat situ la karismanya. Satu trait dia sejak dulu ialah lawakkan diri sendiri. So kita pun x pasti sama ada cerita yang ibu dia sorang guru English...di Kindergarten tu betul or rekaan semata-mata.

Antara Lawak Menarik:


1) Kisah 'benar' NABIL & Facebook
- Salah sorang peminat tanya kat ruangan chat: 'How are you? Sihat ke?'. Malangnya, internet connection lembab yaamats time Nabil dah send reply baik-baik. Fans tu pun fed-up dan marah: "Saya tak mau la minat abang Nabil lagi!!" Kebetulan masa tu la internet connection kembali laju, ayat yang Nabil reply tu muncul akhirnya -->"OK, fine!" LOL

2) Kisah 'BBM' broadcast berantai
- Kalau x send pada 20 orang kawan akan ditimpa kecelakaan 20 tahun, blablabla. Send pada orang, dapat kat diri sendiri balik.

3) Kisah game picit jerawat kat iPad
- 'Asal-usul' macam mana pencipta game nih dapat idea.

(To Be Continued... Stay Tuned utk review personal iols berkenaan JOZAN, BOBOI & HARITH)

No comments:

Post a Comment