JOZAN @ 'Lawak Ke Der?'
JOZAN is so tremendous in Lawak Ke Der! They'd evolved..combining all the crucial elements in performance. Total chemistry & talent ♥
MY REVIEW
(AMARAN: Spoiler alert! Jika anda sudah membeli tiket menonton persembahan Lawak Ke Der yang akan datang dan tidak mahu tahu jalan cerita persembahan... atau sabar nak tunggu kalau-kalau akan keluar di Astro First nanti, boleh berpatah balik buat seketika dan kembali jika dah selesai menonton)
SEGMEN PERTAMA
1) JOHAN: Kin Chin - Seorang remaja lelaki Cina nerd yang selalu dibuli di sekolah, baru habis SPM.
2) ZIZAN: Ismail HarunDin - Seorang kaki buli sekolah yang berminat pada seorang pelajar perempuan bernama Siu Mei.
LOKASI:
Tingkat teratas sebuah bangunan
SINOPSIS:
Seorang remaja lelaki kegembiraan kerana baru selesai SPM (dan akhirnya dapat melepaskan diri dari dibuli di sekolahnya) lepak di atas sebuah bangunan...hanya untuk kembali berjumpa dengan pembulinya selama ini (Ismail). Kin Chin disuruh menyiapkan kertas soalan Ismail seperti biasa, sebelum dihantar pada gurunya (dalam bentuk roket) dibawah bangunan. Situasi berubah bila pelajar perempuan pujaan Ismail rupa-rupanya sepupu kepada Kin Chin. Kedua-duanya berbaik. Kin Chin memberi bantuan kepada Ismail (yang selama ini 'lost' dalam hal menulis ayat-ayat cinta) untuk menulis surat cinta kepada Siu Mei. Kedua-duanya berjanji untuk berjumpa kembali selepas 10 tahun.
SEGMEN KEDUA
1) JOHAN: Ah Cai, Siu Mei, Lelaki Tua Buta
2) ZIZAN: Mail Lambung, Ibu Ah Cai, Pemiutang Pada Ah Cai (yang kena potong kaki)
LOKASI:
Tingkat teratas sebuah bangunan
SINOPSIS:
Ah Cai, gangster pemungut hutang yang digeruni serata KL bertemu the famous Mail Lambung di tingkat atas bangunan.. hanya untuk mendapati bahawa merekalah sahabat yang berjanji untuk bertemu 10 tahun kemudian. Kedua-duanya bertukar cerita tentang pengalaman mereka sepanjang tempoh 10 tahun tersebut, seperti apa yang berlaku pada perhubungan Mail & Siu Mei...juga asal-usul bagaimana Kin Cin yang 'ulat buku' dan bercita-cita murni menjadi akauntan boleh terjebak dalam dunia jenayah, menjadi gangster yang digeruni. Adegan-adegan flashback menyaksikan kedua-dua JOZAN memainkan pelbagai watak dalam situasi-situasi yang menggelikan hati.
ASPEK PERSEMBAHAN
Selain aspek luaran, JOZAN juga kreatif menggunakan hampir kesemua bakat yang sedia ada (selain melawak & lakonan) dan dikenali ramai seperti kelebihan nyanyian, rapping, tarian, melakonkan pelbagai watak sekaligus..malah pandai memanipulasi keadaan sekeliling (suara penonton dikatakan 'burung-burung berterbangan') dengan dialog-dialog spontan. Skrip dan jalan cerita simple namun menarik..ada lawak dari segi lisan dan body language, ada running gag, ada mesej, ada keseimbangan dalam aspek sedar ruang dan pelbagai lagi. Penggunaan watak-watak yang telah sedia dikenali dan digemari peminat adalah langkah bijak. Mereka juga seperti biasa sangat pandai 'coverline' bila ada yang tersasul atau tak dapat tahan gelak.
Oleh kerana ini show JOZAN yang pertama, maka beberapa masalah teknikal (walaupun dah rehearsal sebelum ini) dah tentu tak dapat dielakkan, namun yang penting Jozan tetap profesional dalam menangani hal-hal tersebut contohnya selitkan dalam dialog/nyanyian secara melawak "Lighting bukan kat aku....kat dia.." (bila sepatutnya area Zizan yang gelap dari spotlight) dan beberapa kali juga iols dapat rasakan perkara tu ditangani mereka secara spontan dan tenang.
'Bonus point' bagi mereka juga kerana sanggup bertemu pegawai-pegawai di DBP bagi mendapatkan nasihat dan panduan bagi mempelajari perkataan yang lebih sopan untuk menjaga sensitiviti dan taraf Istana Budaya ketika pementasan, kerana persembahan mereka akan turut ditonton oleh golongan kanak-kanak dan VIP (sumber: MyNewsHub) . Mungkin gak pengalaman dan kes Johan semasa mengacarakan FFM turut jadi iktibar bagi mereka ke arah memperbaiki mutu performance masing-masing kali ini. So..syabas bagi duo ini!
CHEMISTRY
Banyak part dialog yang rasanya di ad-lib secara spontan oleh dua orang budak ni..dan bila itu terjadi, dua-dua orang ni sure tak dapat tahan gelak (macam biasa). Banyak props yang 'berguna' dalam cover muka masing-masing bila itu terjadi..batang paip, beg sekolah, kertas suratkhabar (yang anehnya ada bahagian lubang yang digunting siap-siap untuk tonjolkan hidung Zizan, haha), kertas pamplet, dll. Rasanya susah gak bagi Zizan nak maintain air muka serius-garang bila tengok muka 'poyo'-inesen Johan time tu yang kadang-kadang main bantai je tokok-tambah dialog! haha..
Terdapat juga adegan-adegan touchy-feely yang sudahpun diketahui dan diterima umum sebagai kemesraan Jozan Brothers tanpa apa-apa problem... seperti peluk-peluk 'sahabat', pegang tangan-belai muka (masa Johan memainkan watak 'Siu Mei') dan yang paling
ANTARA LAWAK MENARIK:
2) Lawak 'X' & 'Y' dalam soalan algebra.
3) Semua scene yang melibatkan diorang jadi watak lain-lain dalam flashback: Ah Cai-Mama, Mail-Pakcik Buta, Ah-Cai-Pemiutang, Mail-Siu Mei
4) Bila diorang tak tahan gelak (dan cuba cover muka) dengan dialog ad-lib spontan masing-masing
5) Setiap kali Ismail yang garang terus jadi 'baik' dan peluk Kin Chin "Halloooo..." bila diingatkan yang dia sepupu Siu Mei (it's a running gag thing)
JOZAN PROFESIONAL
Saya tertarik untuk menyertakan sekali penulisan salah seorang krew belakang tabir persembahan Lawak Ke Der iaitu 'rindura nurbisa' di blog sulamqalami.
Tak nak cerita bagaimana rupa persembahan setiap pelawak sebab pergilah tengok sendiri tapi saya paling suka dengan persembahan Jozan.
Macam biasa modal mereka iaitu kisah Acai dan Mail Lambung,suatu hari bertemu di atas bumbung rumah flet yang mereka tinggal semasa baru sahaja bebas dari SPM kemudian berjanji untuk berjumpa semula di tempat itu 10 tahun kemudian.
Lawak yang biasa dilakukan tapi masih mampu buat penonton tergelak.
Sekarang bukan nak cerita pasal lawak yang mereka persembahkan tapi bagaimana Jozan ni berjaya cipta satu jalan cerita yang menarik,sama pergi dengan watak rekaan mereka tu.
Saya sangat berpeluang bekerja dengan Jozan ni di saat kemuncak kejayaan mereka,bukanlah obses tapi suka dapat perhatikan cara kerja mereka yang rajin dan kreatif.
Latar belakang Jozan bukan dari sebarang sekolah seni macam saya,hanya bakat semulajadi yang dikembangkan selama tujuh tahun dalam bidang seni bermula dari Raja Lawak.
Perangai rajin yang saya sendiri lihat ialah bagaimana mereka merancang dan membentuk persembahan dengan penggunaan set,props,lighting mengikut kemahuan mereka secara yakin untuk mencuba,tidak putus asa dan kreatif.
Yakin itu sangat perlu kepada pengamal seni. Guru saya ajar supaya yakin sampai kita jadi degil.
Dengan cara itu mereka belajar dan menjadi 'performer' yang nampak berilmu walaupun banyak yang mereka langgar.
Saya hormat dengan perangai Jozan dalam kerja mereka,mungkin itu sisi baik mereka dan yang paling bagus,mereka tetap merendah diri.
Akhirnya hasil persembahan mereka sampai mereka sendiri susah nak keluarkan dialog sebab penonton bising tergelak setiap saat dengan jalan cerita yang kemas dan mudah.
Itulah Jozan semasa saya terlibat dengan 'Lawak Ke Der' sebagai pekerja belakang tabir.
Memang Jozan berada di taraf yang sepatutnya sekarang ni.
Semoga Jozan terus menerus dengan perangai sedemikian.
wow review terbaik..dapat baca review pasal jozan pun jadilah sbb x dpt gi kat istana budaya tuh jauh..teringin nk tgk mesti lawak gilerrr...kan..
ReplyDeletemintak izin nk share review awk kt blog saya nanti yer..
Terima kasih sudi baca..^_^
DeleteHarap-harap ada la tayang kat Astro First nanti kan? Banyak scene menarik, tak puas tengok sekali..memang lawak.
p/S: Boleh je nak share, silakan..:)(asalkan bg kredit,hehe)
Tolong pomot blog ni pun saya dah cukup berbesar hati.. ^_^
Berblog laaaa pulok miss savvy... jgn bersawang plak... ngiahahhahaha... happy blogging... nice review.. Rasa nk tgk...tp xpelaa...hope dorg tayang kt Astro nnt...
ReplyDeleteTengkiyuuu...walopun satu penyiksaan bg pembenchik kaler merah seperti mung kan..hehe..
DeleteMasih ada masa lagi beli tiket RM53 dok sengsorang tuh, muahaha...
Saya rasa sngt sedih kerana tidak dapat menonton lawak ke der T_T walaupun saya nak sgt tonton tapi still xdapat jugak. but ur review makes me feel that i'm watching it. kudos to u yang buat i bayangkan ye. hehehe. i'm still waiting for ur one shot ya!
ReplyDeletelove me;)
Hahaa..akan diusahakan, TQ dear...
DeleteThe one-shots coming soon...tgh nak dapatkan balik skill penulisan tuh, n tgh timbangkan plot n watak2 utk dak2 JOZAN ittew, muahaha...
Miss ur reviews too! ;)
and.... WATERMARK kat janggut papa tu... terbaik sgt tu derrr!
ReplyDeleteHahaa...watermark yg ala2 meredah kawasan muka terus,mampoo? muahahaa...x gedabaks sgt kans? ;p
Deletelalink, bukan sui mei la...sui ling...tu klu dua klu 3 bnyi lain...dia jd sui ru ling.....
ReplyDeletesui ling kebelakang ckit....huhuhu
skit perot la gelak je msa tgk performens dorg....skrg dh xde kt astro 1st dh n now im gonna miss them...huaaaa
Hehe thanks for the comment :)
ReplyDeleteMasa I buat review ni Jozan baru buat persembahan kali pertama depa lam Lawak Ke Der (11hb Feb), I pun review sume ikut apa yg dalam ingatan. Pas dah keluar Box-Office n langgan balik I baru tau..tp saje x tukar, I think I'll just leave it like that..Siu Mei, Siu Ling..Mei Ling..Ling Mei, hehe:D
Syg tol Box Ofis siarkan satu show je dr 4 hari show depa..tiap kali show ada je lawak2 lain yg kuar (cth: 1st show nama penuh Mail 'Ismail HarunDin'..show ke3/4 dh jd 'Ismail HarunSalimBachik' lak, keja si Johan..muahaha)
Hope ada banyak lagi performance kualiti tinggi JOZAN yg camni in the future ^_^
hehehehehe sweet je dorg kn???tingin sgt nk jmp dorg in person face to face...skrg ni dpt tgk johan dr jauh je...huhhuh
Deletetu la, rs cm ada yg len kn?tp xpe la astor siarkn yg hr tu pn dh ckup bt kta gelak smp nk pecah perut....msa mula2 tgk, adk smp mntk tkar channel lain dlu sb dia rs cm nk pengsan bla dok gelak je.....huhuhuhuhu